BANGKOK: Berikutan jumlah kematian COVID-19 terus meningkat, Tentera Diraja Thai (RTA) menyediakan perkhidmatan pengebumian percuma untuk membantu meringankan beban waris yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19.
Penolong Jurucakap Tentera Darat Kapten (Kor Tentera Wanita) Kannanat Phornnipatkul berkata anggota tentera yang terbabit dengan perkhidmatan itu telah dilatih untuk memastikan proses pengebumian mangsa COVID-19 dijalankan dengan selamat.
Peranan tentera dilihat penting memandangkan jumlah korban terus meningkat terutama di Bangkok dan wilayah berhampiran, apatah lagi ketika banyak kematian mengejut dilaporkan berlaku di rumah atau tempat awam, katanya.
"RTA akan urus bermula daripada proses memindahkan mayat hinggalah kepada pengebumian di krematorium RTA.
"Sehingga kini, RTA telah menguruskan 592 kes sejak tiga bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
RTA menyediakan perkhidmatan pengebumian di empat krematorium RTA di Bangkok dan satu di Nakhon Ratchasima sejak Mei tahun ini.
Jumlah angka kematian COVID-19 Thailand hari ini melebihi 5,000. Sepanjang 24 jam, Thailand mencatat 178 kematian menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 5,168.
Thailand juga mencatat 17,970 kes baharu dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan setakat ini sebanyak 633,284.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, kematian baharu itu melibatkan 94 wanita dan 84 lelaki berusia antara 17 hingga 94 tahun termasuk lima warga Myanmar dan dua rakyat China.
"Lima orang termasuk dua di Bangkok dan masing-masing seorang di Pathum Thani, Roi Et dan Suphan Buri meninggal dunia di rumah," katanya semasa sidang media di sini hari ini.
Daripada 17,970 kes baharu, Dr Apisamai berkata 17,959 adalah jangkitan tempatan dan 11 kes import.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021
Sepanjang 24 jam, Thailand mencatat 178 kematian menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 5,168. - Gambar fail/REUTERS
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Pakar
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata peralihan kepimpinan utama Singapura kepada Perdana Menteri yang tidak datang dari keluarga Lee dijangka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran republik itu. Jelasnya, Singapura mempunyai sistem peralihan kepimpinan yang sistematik dan konsisten.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Tentera Thailand sedia khidmat pengebumian percuma mangsa COVID-19
Tentera Diraja Thai (RTA) menyediakan perkhidmatan pengebumian percuma untuk membantu meringankan beban waris yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19.
Amuk askar Thailand: Wanita kongsi detik cemas terselamat daripada ditembak
Sumana Jeerawattanasuk yang kelihatan masih terkejut berkata tatkala insiden tembakan tersebut berlaku, beliau berada di dalam gimnasium di pusat beli-belah berkenaan.
Inkues: Tentera, polis Thailand tembak mati empat Muslim yang tidak bersenjata
Hasil inkues itu dianggap suatu keputusan bersejarah yang boleh membawa kepada pendakwaan pegawai kerajaan.
Krisis Thailand: Selama mana tentera mahu berkuasa?
Tentera Thailand perlu menetapkan satu syarat jangka masa pengambilalihan sementara pentadbiran kerajaan.